Saturday, November 30, 2019




Alpa itu pembinasa. Sedetik riang juga boleh jadi kaca. Hanya dengan gelak tawa aku hilang dia. Sedang menjejak salah, aku punca. Kini, 7 kali siang juga hanyalah malam pekat tiada kepulan awan.

Friday, November 29, 2019

22 TIPS TERBAIK UNTUK MENULIS (TUGASAN PPBI)

Melissa Donovan melalui laman blognya telah berkongsi 22 petua atau cara untuk menghasilkan karya penulisan yang bagus. Pada kiraan saya, petua-petua yang dikongsikan amatlah berguna bagi sesiapa sahaja yang ingin menjinakkan diri dalam bidang penulisan. Jika dibaca sepintas lalu, petua-petua yang dikongsikan mungkin mudah bagi sesetengah pembaca dan penulis tetapi untuk mempraktikkannyaa dalam aktiviti seharian mungkin agak sukar.

Dalam kesemua 22 petua yang dikongsikan Melissa, ada diantaranya telah membawa kesan kepada saya untuk mempercayai bahawa sesiapa sahaja juga boleh menjadi seorang penulis. Petua pertama bagi saya merupakan permulaan kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini. 'Do it. Write'
yang dimaksudkannya adalah untuk menjadi seorang penulis anda hendaklah menulis. Jika bukan sekarang, bila lagi? Antara petua yang lainnya juga Melissa ada menyatakan bahawa setiap daripada penulis adalah seorang pembaca. Bagi saya petua ini merupakan antara elemen utama menjadi seorang penulis yang berjaya iaitu dengan membaca. Logiknya, jika tidak membaca mungkin tiada tulisan yang akan dikeluarkan. Pada petua ke-14, Melissa menekankan agar seorang penulis hendaklah menulis pada setiap hari. Tidak kiralah berapa perkataan atau ayat yang terhasil, yang pentingnya usaha menulis itu sepatutnya ada. Semoga dengan menulis dapat membantu seseorang itu menghasilkan karya agung yang mempersonakan. Selain itu, petua ke-19 juga saya fikirkan amat berguna untuk saya yang masih lagi bertatih dalam bidang penulisan. Katanya, "biarkan sahaja diri anda menulis dengan kesalahan tatabahasa yang salah, jalan cerita yang lemah dan membosankan, biarkan diri anda merasa beberapa kegagalan sebelum bertemu kejayaan". Kata-katanya telah memberi inspirasi kepada saya untuk tidak perlu takut sekiranya berasa gagal dalam menulis kerana kejayaan itu tidak akan wujud jika tiadanya kegagalan. 

Setelah meneliti bait-bait petua-petua oleh Melissa, menulis dan membaca pada saya merupakan petua yang berkesan yang ingin disampaikan oleh beliau. Pada pendapat saya, Melissa ingin menonjolkan bahawa seorang penulis tidak hanya akan terus menjadi penulis yang berjaya pada cubaan pertama. Setiap dari kejayaan yang diimpikan memerlukan seribu keringat yang perlu dirasai agar kejayaan tersebut merupakan kejayaan termanis yang tidak boleh dilupakan. 

HENDAK



Tidak tersangka pula, apa yang pernah aku berangkan kini menjadi sereda deruan air sungai yang tenang dan menyegarkan. Raut wajah yang hendak sahaja aku tempeleng tiap kali terpandang, kini dialah yang hendak aku belai-belai halus dan bersih mukanya. Tetapi lagi sekali aku terperangkap dengan diri sendiri. Terbantut segalanya.

Monday, November 11, 2019




Tika diri sedang sunyi, datang pula si dia menghiasi. Indahnya mungkin sekejap, namun memori itu akan aku dakap erat !

Monday, November 4, 2019

DIA YANG TAK PERNAH JUJUR TENTANG PERIT





Mama masih di tempat kebiasaannya. Duduk sambil badannya sedikit bongkok kehadapan menghadap paparan skrin komputer riba milik kepunyaannya yang dibeli sejak 3 tahun yang lalu. Riak wajah Mama menampakkan keletihan. Matanya dari sini boleh aku katakan sudah separuh layu sama seakan samarnya lampu tidur yang berada betul-betul di bahagian atas kepala katil. Mungkin di mindanya hanya menunggu untuk disorongkan bantal sahaja. Akan tetapi petah tangannya menekan papan kekunci yang membuatkan aku tersedar dari tidur tidak pula menggambarkan jerih badannya. Mungkin pada atmanya, dia harus kuat untuk anaknya, kalau bukan dirinya siapa lagi ?

Halaman lubuk duka itu aku sangka sudah terkoyak. Kini kembali beranak halaman pedih yang sama berulang. Entah bila badai rasa ini akan ...