Friday, November 29, 2019

22 TIPS TERBAIK UNTUK MENULIS (TUGASAN PPBI)

Melissa Donovan melalui laman blognya telah berkongsi 22 petua atau cara untuk menghasilkan karya penulisan yang bagus. Pada kiraan saya, petua-petua yang dikongsikan amatlah berguna bagi sesiapa sahaja yang ingin menjinakkan diri dalam bidang penulisan. Jika dibaca sepintas lalu, petua-petua yang dikongsikan mungkin mudah bagi sesetengah pembaca dan penulis tetapi untuk mempraktikkannyaa dalam aktiviti seharian mungkin agak sukar.

Dalam kesemua 22 petua yang dikongsikan Melissa, ada diantaranya telah membawa kesan kepada saya untuk mempercayai bahawa sesiapa sahaja juga boleh menjadi seorang penulis. Petua pertama bagi saya merupakan permulaan kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini. 'Do it. Write'
yang dimaksudkannya adalah untuk menjadi seorang penulis anda hendaklah menulis. Jika bukan sekarang, bila lagi? Antara petua yang lainnya juga Melissa ada menyatakan bahawa setiap daripada penulis adalah seorang pembaca. Bagi saya petua ini merupakan antara elemen utama menjadi seorang penulis yang berjaya iaitu dengan membaca. Logiknya, jika tidak membaca mungkin tiada tulisan yang akan dikeluarkan. Pada petua ke-14, Melissa menekankan agar seorang penulis hendaklah menulis pada setiap hari. Tidak kiralah berapa perkataan atau ayat yang terhasil, yang pentingnya usaha menulis itu sepatutnya ada. Semoga dengan menulis dapat membantu seseorang itu menghasilkan karya agung yang mempersonakan. Selain itu, petua ke-19 juga saya fikirkan amat berguna untuk saya yang masih lagi bertatih dalam bidang penulisan. Katanya, "biarkan sahaja diri anda menulis dengan kesalahan tatabahasa yang salah, jalan cerita yang lemah dan membosankan, biarkan diri anda merasa beberapa kegagalan sebelum bertemu kejayaan". Kata-katanya telah memberi inspirasi kepada saya untuk tidak perlu takut sekiranya berasa gagal dalam menulis kerana kejayaan itu tidak akan wujud jika tiadanya kegagalan. 

Setelah meneliti bait-bait petua-petua oleh Melissa, menulis dan membaca pada saya merupakan petua yang berkesan yang ingin disampaikan oleh beliau. Pada pendapat saya, Melissa ingin menonjolkan bahawa seorang penulis tidak hanya akan terus menjadi penulis yang berjaya pada cubaan pertama. Setiap dari kejayaan yang diimpikan memerlukan seribu keringat yang perlu dirasai agar kejayaan tersebut merupakan kejayaan termanis yang tidak boleh dilupakan. 

No comments:

Post a Comment

Halaman lubuk duka itu aku sangka sudah terkoyak. Kini kembali beranak halaman pedih yang sama berulang. Entah bila badai rasa ini akan ...