Thursday, December 26, 2019



Halaman lubuk duka itu aku sangka sudah terkoyak. Kini kembali beranak halaman pedih yang sama berulang. Entah bila badai rasa ini akan surut.

Wednesday, December 25, 2019



Bagaimana sebuah ikhlas itu diinterpretasi, dibayangi, dirasai?  Mereka kata ikhlas itu tidak boleh dinampak atau ternampakkan. Mereka kata ikhlas itu jangan diujar. Mereka juga pernah cakap ikhlas itu ibarat angin yang tak terlihat, namun boleh sahaja membelai pipi. Justeru, aku persoal kembali, ikhlaskah aku dan ikhlaskah saudari? 

Saturday, December 21, 2019




Bersandarlah, bukankah itu sifat manusia? Untuk merasa sedikit senang, bersandarlah. 

Friday, December 20, 2019

Sudahkah ?




Entah bagaimana akhirnya nanti, di tengah sudah terhenti, bagaimana hendakku sambung kembali. Ke sana ke mari puas berteka-teki. Merangkak-rangkak mencari jawapan hakiki.  

Friday, December 6, 2019

SA-PULOH



Masa yang ada ini cuba kita rangkulkan bersama untuk setiap memori yang tercipta. Setiap langkah ke hadapan menjadi ingatan apabila ini semua bertemu perleraian. Dari 1 hingga 10 masing-masing, kasih dan sayang sudah aku pahatkan, cuma caranya tiada sama. Mungkin ada lakuan zahir yang tak terlihat dan perasaan batin yang tersangat jelas. Jujur aku luahkan, 36 bulan sangat singkat !

Wednesday, December 4, 2019






Bait-bait lirik lagu berentak balada itu seperti membisikkan kata-kata semarak untuk aku terus bernafas walau sesaat lagi. Melodi dan iramanya juga turut membangkit tinggi gejolak hati untuk terus kuat. 

Saturday, November 30, 2019




Alpa itu pembinasa. Sedetik riang juga boleh jadi kaca. Hanya dengan gelak tawa aku hilang dia. Sedang menjejak salah, aku punca. Kini, 7 kali siang juga hanyalah malam pekat tiada kepulan awan.

Halaman lubuk duka itu aku sangka sudah terkoyak. Kini kembali beranak halaman pedih yang sama berulang. Entah bila badai rasa ini akan ...